Teknologi Inverter Peti Sejuk Dan 3 Advantage

Teknologi Inverter Peti Sejuk

Pernah dengar teknologi inverter peti sejuk?
Anda memiliki peti jenis ini?
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut??
Apa kelebihan dan kekurangan? 

Dibawah ini saya kongsi pengetahuan dan pengalaman saya secara tidak langsung. Selamat membaca.

Asal Cerita?

Teknologi Inverter Peti Sejuk adalah generasi ketiga di dalam sejarah pembikinan sistem peti sejuk domestik. Mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan berada dalam pasaran Malaysia sejak 2012. 

Panasonic merupakan jenama pertama mengeluar dan memasarkan peti sejuk jenis inverter di Malaysia.
Dan sekarang hampir semua jenama utama mengeluarkan model peti jenis inverter sendiri seiring dengan perubahan teknologi.

Perbezaan utama peti sejuk konvensional dan Inverter ialah pengenalan teknologi Variable Frequency Drive (VFD) untuk mengawal kelajuan kompressor melalui electronic board.
Kompressor jenis ini tidak start/off berulang kali dalam kitaran sejukbeku tetapi hanya start sekali di permulaan dan kekal beroperasi dengan kelajuan minima dalam kitaran sejukbeku.

Walaupun ia sama dalam segi teori dan praktikal asas peti sejuk, sistem elektrik dan elektronik adalah berbeza sama sekali mengikut jenama.
Kenapa begitu?
Paling mudah ialah kerana tiada common rules untuk peti sejuk dan alatan elektrik rumah.
Di Malaysia, kita ada Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia perihal berkaitan sistem elektrik dan gas.

Sistem Elektronik Peti Sejuk Inverter

Teknologi inverter peti sejuk dibina berasaskan sistem elektrik 240vac sebagai input mengikut standard Suruhanjaya Tenaga (ST) dan sistem inverter tersebut akan mengubah arus voltan mengikut kesesuaian dan keperluan sistem inverter tersebut.
Sistem Inverter dilengkapi kompressor jenis Linear/Rotary dengan berkelajuan berubah-ubah ini akan beroperasi mengikut suhu dan beban pada peti sejuk. Dalam sistem peti sejuk inverter, kompressor tidak bermula dan berhenti tetapi beroperasi pada kelajuan perlahan cukup untuk mengekalkan suhu yang diperlukan dalam peti sejuk dalam satu masa.
Secara tidak langsung menjimatkan tenaga dari berulang kali mula dan henti.

teknologi inverter peti sejuk

Kelebihan Peti Sejuk Inverter?

Kelebihan dalam teknologi inverter peti sejuk yang dinyatakan di bawah berbeza mengikut jenama dan model.

  • Sistem kompressor dihidupkan cuma sekali dan kekal beroperasi sepanjang tempoh operasi sekitar 6 ke 8 jam berdasarkan beban keperluan. 
  • Refrigerant 600 A dengan mampatan tinggi mampu menyejuk beku dalam masa singkat.
  • Bantu jimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam jangka masa panjang.
  • Jaminan kompressor selama 10 tahun. (Ada 12 tahun)
  • Penggunaan arus terus dalam teknologi inverter peti sejuk seiring dengan langkah penjimatan tenaga.

Sistem Teknologi Inverter peti sejuk gunakan kuasa elektrik direct current (dc) dan unit kompressor fully electronic controlled.
Teknologi baru tentu sekali menawarkan banyak kelebihan berbanding sistem konvensional.

Dalam sistem sama juga, ada jenama guna single board combine all in one. Ada separate dalam inverter board.

Kekurangan Peti Sejuk Inverter

  • Teknologi Inverter peti sejuk merupakan teknologi terbaru dalam pasaran peralatan elektrik rumah.
  • Guna gas R600A high compression sebagai asas penyejuk.
    Ia mudah terbakar bila terkena api. Tetapi tidak bermasalah dengan haba panas.

Sistem teknologi peti sejuk inverter guna arus ‘direct current’ sebagai asas.
Sensor elektronik menjadi komponen utama.
Semua aksesori seperti kipas dan sensor juga guna jenis ‘dc’.
Tukar seketul bila rosak.

Peti Sejuk Inverter Rosak?

Masalah biasanya timbul bila peti sejuk inverter rosak dan pengguna boleh menghadapi kesukaran mendapatkan juruteknik yang mahir membaiki peti sejuk jenis ini.
Cara lain ialah rujuk kepada pengeluar untuk maklumat lanjut mengenai agen pembaik pulih terdekat dan seterusnya mendapatkan anggaran kos baiki. Berbaloi atau tidak, saya tak boleh komen.

Artikel Berkaitan : Masalah Peti Sejuk

Alat Ganti?

Untuk alat ganti, sila rujuk pusat servis jenama peti sejuk terlebih dahulu untuk mengetahui samada masih dalam tempoh jaminan , sudah tamat atau ada pilihan lain.
Pilihan lain ialah minta juruteknik persendirian datang dan periksa peti sejuk untuk mengetahui punca kerosakan sebenar sebelum ambil langkah seterusnya.
Di sini jika tidak mahu baiki,beritahu saja. Sepatutnya tiada masalah selepas jelaskan harga servis perkhidmatan tersebut.

Seiring peredaran masa, alat ganti untuk peti sejuk inverter boleh didapati melalui laman ecommerce tempatan dengan penghantaran dalam masa singkat.
Susah nak simpan stok alat ganti asbab terdapat banyak model dan jenama dalam pasaran.

Sukar Dapat Alat Ganti?

Kesukaran mendapatkan alat ganti boleh berlaku kerana kompressor jenis inverter tidak dijual secara terbuka disamping kos yang mahal. Selain sistem elektronik juga berbeza dari sistem konvensional mengikut pengeluar.
Kenapa?
Kerana spesifikasi sistem teknologi inverter peti sejuk ini berbeza dari jenis konvensional. 

Selain dari kurang permintaan asbab teknologi baru, kompressor inverter biasanya ada jaminan 10 tahun dari pengeluar.

Alternatif Lain?

Cara lain ada. Ubahsuai seluruh sistem kepada sistem generasi kedua menggunakan analog. Cuma saya tidak amalkan langkah ini. Kerana ada fungsi tertentu akan hilang. Selain dari banyak aspek teknikal, ia juga makan masa untuk disiapkan dan jaminan pengeluar akan terbatal automatik.

Atau semudah tukar sahaja kepada peti baru. Samada baru dari kedai atau secondhand, paling tidak boleh guna modal baiki tadi untuk beli peti sejuk baru. Bagi saya, itu lebih berbaloi dari segi ekonomi, masa dan workmanship.

Saya faham keadaan ini dan tujuan rujuk kepada pengeluar terlebih dahulu ialah untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan akhir. Kerana biasanya peti sejuk  inverter ada jaminan untuk kompressor selama 10 tahun

Cara lain ialah rujuk kepada pengeluar untuk maklumat lanjut mengenai agen pembaik pulih terdekat dan seterusnya mendapatkan anggaran kos baiki. Berbaloi atau tidak, saya tak boleh komen.

Pengguna perlu tahu?

Pengeluar alatan elektrik rumah beri jaminan tertentu untuk alatan elektrik yang dikeluarkan. Namun, perlu jelas kandungan dalam jaminan tersebut.

Jaminan biasanya terbahagi kepada dua (2) bahagian.
Pertama,
General Warranty selama setahun untuk seluruh peti sejuk wear and tear.
Kedua,
Jaminan Tunggal hanya untuk kompressor rosak selama 10 atau 12 tahun ikut pengeluar.

Perlu jelas dalam jaminan tersebut apa yang tuan/puan perlu tahu dan faham disini ialah ada satu (1) harga sebagai upah pemasangan, alatan kerja dan tenaga buruh namun bukan semua jenama mengamalkan langkah begini. 

Jaminan ini tertakluk hanya untuk penggantian kompressor baru dari pusat servis. Bukan siap pasang dan running seperti sebelumnya.

Boleh rujuk pusat servis untuk maklumat lanjut.
Sediakan model serta kad jaminan untuk memudahkan urusan

Peti Sejuk Baru Sudah Sampai?

Jika ada plan untuk dapatkan peti sejuk baru, swap lama atau masuk rumah baru.

Ini Awak perlu tahu.

Beri jarak masa sehingga 4 jam sebelum plug in dan power up the equipment.
Dapatkan kad jaminan dan terus daftar di laman web jenama peti sejuk.

Ada Soalan?

Saya ahmad khairol. Boleh hubungi di +60129573402 atau klik link ini untuk whatsapp.

Ada soalan mengenai post teknologi peti sejuk inverter? Boleh isi form di bawah, call atau klik icon disebelah kanan untuk terus whatsapp tanpa save nombor.

Terima kasih kerana baca sampai bawah ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *