peti sejuk

Sistem Peti Sejuk Dan Advantage Bila Tahu.

Apa Itu Peti Sejuk Dan Apa Awak Kena Tahu.

peti sejuk

Apa Itu Peti Sejuk?

Peti ais sudah menjadi keperluan utama dalam rumah hari ini. Baik bujang atau berkeluarga, peti sejuk atau peti ais wajib ada. Semua orang akan makan dan minum dan peti ais sebagai peralatan menyimpan bahan makanan wajib ada di dapur. Baru senang nak masak di tengah malam kan?

Jadi, apa itu peti sejuk?

Peti ais adalah sebuah alatan elektrik berasaskan komponen mekanikal, elektronik serta elektrik.

Prinsip kerja sama seperti penghawa dingin rumah, bangunan dan juga kereta.

Kompressor, cooling coil, kipas, thermostat dan heater datang dengan fungsi tersendiri yang berkait antara satu sama lain.
Cuma dalam peti sejuk domestik, saiz komponen yang digunakan dalam sistemnya lebih kecil sesuai keperluan di rumah.

Peti sejuk/peti ais atau istilah lebih tepat freezer refrigerator merupakan gabungan pembeku dan penyejuk dalam binaan yang sama. Dan ada beza dalam saiz kedua bahagian ini.

Biasanya guna 1 sistem penyejuk beku yang sama untuk menyejuk beku seluruh peti sejuk. Sistem yang digunakan tidak dinyatakan dalam bentuk diagram atau kaedah lain.

Rekaan dalam cetakan biru tidak akan ditemui dalam platform online dan ia sebahagian dari paten, trademark dan copyright oleh sesebuah jenama yang berdaftar secara rasmi.

peti ais

Freezer Refrigerator?

Nama yang tepat menceritakan fungsi 2 compartment berbeza dalam 1 unit peti sejuk. 

Freezer atau pembeku biasanya di bina dibahagian atas. Tinggi namun untuk lebih bagus dalam peredaran udara sejuk dengan bantuan kipas dan graviti.
Ada juga jenama yang bina bahagian pembeku di bawah seperti Panasonic.

Freezer

Freezer atau pembeku berfungsi membeku bahan basah seperti ayam, ikan, daging serta apa saja termasuklah membuat ais.

Peti sejuk baru biasanya boleh beku dalam masa singkat bergantung kepada setting thermostat.

1 – lambat beku. 5 – cepat beku.

Setting biasa cuma letak no 1 untuk penggunaan minimal tenaga elektrik.

Refrigerator

Refrigerator atau chiller atau penyejuk berfungsi untuk menyejuk sahaja. Compartment untuk simpan sayur, rempah dan juga minuman.

Suhu di bahagian ini biasanya 7 – 10 darjah celcius sahaja.

Kipas digunakan untuk bantu pengedaran angin sejuk dalam peti ais dari tempat beku turun ke bawah atau sebaliknya.
Tiada kipas dalam peti sejuk 1 pintu dengan ais akan menebal dalam masa 3 hari atau 72 jam.

Peti sejuk/peti ais merupakan istilah dalam Bahasa Melayu yang tidak menceritakan secara terperinci luar dan dalam mengenai bahagian yang terdapat dalam sesebuah unit peti ais.

Komponen Utama Dalam Peti Sejuk?

Senarai dibawah mengandungi komponen utama didalam sesebuah unit peti sejuk. 

Rosak 1 part akan beri kesan tak langsung kepada lain. terutama dalam keberkesanan penggunaan

Sistem Elektronik.

Lain jenama, lain cara binaan dan sistem yang digunakan. Ada banyak komponen dalam sekeping board. Mengandungi kapasitor, transistor, integrated circuits ( I.C ), transformer dan berbagai komponen lain.

Ada juruteknik, rosak tukar baru. Ada yang pilih untuk baiki.
Risiko tak sama antara 2 pilihan.

Terbaik ialah tukar seketul. Senang, just plug and play saja.

Itu dengan anggapan awak tahu apa awak buat. Risiko dalam perkara ini perlu tanggung sendiri. Tak boleh salahkan orang lain ya.

Kompressor

Si jantung hati atau nadi utama sesebuah peti sejuk. Yang ini rosak, major cases. Nak consider tukar unit baru pun boleh.

Antara tanda rosak ialah kompressor ada panas terlampau tapi tak ada vibration.
( Sentuh paip dengan hujung jari jari, jangan tekap jari untuk elak lecur )

Bunyi dengung dari peti ais adalah bunyi kompressor sedang beroperasi. Dan badan akan terasa panas atau suam seperti dinyatakan dalam evaporator dibawah.

Refrigerant

Generasi kedua refrigerator freezer guna Refrigerant 134 A untuk semua jenis peti sejuk. Generasi ketiga guna Refrigerant 600A sebagai bahan utama sejuk beku. Faktor alam sekitar, peralihan teknologi dari 240vac kepada 110vdc dan teknologi inverter jadi faktor utama.

Oh, refrigerant 600A flammable ya.

Mudah terbakar bila ada flame (nyala api) tapi tiada masalah jika kena haba panas.
Ada beza besar disitu.

Evaporator

Pernah letak kasut sekolah di belakang peti sejuk untuk cepat kering?
Itu fungsi paip evaporator yang dipasang dalam badan peti sejuk dibelakang atau side kiri atau kanan.

Tujuan utama untuk membantu merendahkan suhu mampatan refrigerant oleh kompressor.

Contoh mudah tunjuk keadaan mudah faham ialah fungsi outdoor untuk aircond rumah atau evaporator aircond kereta. Keduanya ada kipas khas untuk bantu cepatkan proses turunkan suhu mampatan gas. Jika letak tangan dimasa kipas beroperasi, akan terasa haba panas keluar.

Cooling Coil.

Sebahagian dari komponen utama untuk sejuk beku dalam unit peti sejuk. 

Dalam peti sejuk 1 pintu, ia jelas di pintu kecil di bahagian atas. Ada bonggol nipis sebagai laluan untuk refrigerant dan selalu bocor bila pengguna mencuci ais guna benda tajam,

Aloi yang di gunakan tidak tebal dan akan bocor sebaik saja terkena.

Untuk 2 pintu, no frost biasa jadi sebahagian dari iklan jurujual untuk melariskan jualan.
Sebenarnya frost tu ada, cuma tidak nampak dek mata saja.

Tersembunyi disebalik cover yang mengandungi kipas dan salur angin ke bawah.

Ada jenama guna dual cooling coil untuk keberkesanan fungsi.
Jenis side by side biasanya.
Dal peti ais 2 pintu juga ada, ikut jenama tertentu seperti Samsung.

Thermostat

Fungsi utama thermostat ialah mengawal kompressor berdasarkan suhu di dalam peti sejuk. Bahagian pembeku biasanya.
Normal bila kompressor hidup dan mati dalam kitaran masa.

Untuk peti sejuk jenis inverter, kompressor hanya start sekali dan kekal beroperasi dengan kelajuan yang berbeza.

Pemasa (Timer)

Hanya untuk peti sejuk generasi kedua dengan sistem analog sepenuhnya.

Cara kerja berbeza ikut jenama dan model. Ada jalan 8 jam untuk sejuk beku dan 30 minit untuk defrost ais. Ada run 6 jam dan 20 minit untuk defrost.

Ada drain pan atau takung air untuk ais defrost. Tak perlu buang kerana ia dipasang di atas kompressor atau ada paip evaporator celup dalam air untuk proses semulajadi berlaku di mana air akan menyejat dan hilang.

Kipas

Teknologi berubah dari era 80an dimana sistem masa tu guna 2 cooling coil. 1 untuk beku, 1 untuk sejuk. Kipas dipasang dalam unit peti sejuk untuk bantu peredaran angin sejuk di dalam unit peti sejuk.

Kipas rosak akan terasa di bawah biasanya asbab tiada alat bantu angin sejuk berpusing dalam unit peti sejuk.

Jenis kipas yang dipasang berbeza ikut tahun keluaran, jenama dan juga current rate.
Tak semua boleh plug n play macam generasi kedua.

Teknologi Inverter Peti Sejuk

Inovasi teknologi terbaru dalam peti sejuk. Generasi ketiga dengan sistem kawalan elektronik sepenuhnya. Generasi kedua guna sistem 240vac. Generasi ketiga guna variasi berbeza mengikut jenama. Ada guna fully vdc.
Sistem yang sangat berbeza dari sebelumnya. Bagus untuk penjimatan tenaga elektrik terutamanya. Dalam sistem inverter, kompressor cuma ‘start’ sekali dan kekal beroperasi pada kelajuan rendah.

Atau boleh dapat maklumat lanjut di sini.

Litar Skematik

Litar skematik ada di belakang biasanya. Tunjuk diagram mudah mengenai sistem wiring yang digunakan samada guna analog atau sistem elektronik dalam binaan peti sejuk di rumah anda.

Jika beli secondhand, mungkin ada perubahan telah di buat  namun jika beli baru dari kedai walaupun 7 tahun lepas, diagram tersebut patut intact di tempatnya.
Dari diagram boleh nampak komponen utama dalam bentuk simbol seperti papan elektronik, heater, kompressor, relay, overload, kipas dan sebagainya.

Product Information Sticker

Ada yang lekat di dalam, ada dibelakang, ada di pintu. berbeza ikut jenama.
Dari sini boleh dapat maklumat pengeluar, jenama, model, jenis refrigerant, rated current, rated frequency, rated input defrost element dan sebagainya.

Untuk dapat maklumat lengkap berkaitan peti sejuk anda dirumah, sticker ni akan bantu dalam banyak aspek terutamanya bila mahu periksa kerosakan.
Juga jadi rujukan bila claim warranty atau bercakap dengan servis center juga sama. Akan rujuk kepada sticker ini juga.

Getah Pintu

Fungsi getah pintu cuma 1, mencegah angin sejuk beku keluar tanpa kawalan.
Pernah pandu kereta dengan aircond full tapi tingkap tak tutup rapat?

Boleh sejuk tak? Malam mungkin boleh tapi di siang hari di tengah panas ceng, tak mungkin boleh dapat.

Sama juga dengan getah pintu peti sejuk.

Pintu tak rapat boleh sebabkan kompressor rosak?
Boleh. Thermostat berfungsi membaca suhu didalam peti sejuk, bila pintu tak tutup rapat, suhu luar akan beri kesan langsung.
Thermostat akan beri arahan kepada kompressor supaya terus beroperasi.

Jika terjadi, tak kisah apa juga sebabnya, just tutup pintu rapat dan tunggu. Sistem peti sejuk akan ambil masa sehingga 24 jam untuk kembali normal.

Cuma boleh tunggu saja. Tiada cara lebih cepat dari itu.

Apa Anda Perlu Tahu?

Peti sejuk direka, dibina dan dipasang siap dalam kilang dengan jaminan umum selama setahun dan jaminan kompressor 10 -12 tahun untuk jenis inverter.

Jaminan umum biasanya liputi seluruh bahagian hanya untuk setahun. Cuma kita jarang dengar peti sejuk ada masalah dalam tahun pertama penggunaan.
Biasanya selepas 5 tahun baru akan nampak ada masalah tertentu.

Peti sejuk merupakan alat elektrik mudah alih. Semua komponen utama di pasang dalam 1 unit memudahkan pengguna menguruskan peti sejuk tersebut tanpa bantuan teknikal khusus seperti aircond rumah atau kereta.

Jika anda masuk kedai untuk memilih dan membeli peti sejuk baru, semua guna teknologi inverter baru. Sebahagian dari langkah melindungi lapisan ozon yang makin menipis akibat gas rumah hijau.

Nak pindah rumah ke tu?

Proses perpindahan boleh jadi faktor rosak komponen.
Ada kena rosak kompressor asbab gegaran.

Ada patah paip terlanggar bucu.
Ada sebab nak save bajet, pindah sendiri guna MPV.

Boleh memang boleh tapi jika ada kos lain kena keluar,  mungkin boleh consider guna mover untuk jaminan dan manpower dalam pengendalian yang lebih baik.

Semua bergantung kepada cara pengendalian.

Sebagai langkah selamat, beri masa sehingga 24jam baru on. Melainkan anda seorang technician dengan cukup tools, ia pilihan anda untuk pindahkan guna kaedah mana.

Sebolehnya peti sejuk dibawa dalam keadaan berdiri atau baring kebelakang saja.

Jangan bawa mengiring atau berdepan risiko minyak naik dan beri kesan kepada sistem piping.
Bawa kepada masalah ada sejuk tapi tak boleh beku.

Kualiti Peti Sejuk

Nak murah, jangan tanya kualiti.

Nak kualiti, jangan minta murah.
Itu persepsi yang kena faham dan kena terima.

Paling tidak, tiada pening kepala fikir masalah peti sejuk untuk lagi 5 ke 10 tahun.
Nak pilih produk jenama apa itu terpulang pada empunya badan.

Tiada yang betul atau salah. 
Ia untuk dapur rumah sendiri, kita yang akan tengok setiap hari.

Mungkin tujuan beli untuk upgrade bila keluarga makin besar. 
Mungkin faktor yang lama sudah rosak dan tak berbaloi baiki, so decide nak tukar baru saja. 

Lebih mudah dengan jaminan baru yang lebih lama.
Dan banyak sebab lain.

Kualiti peti sejuk hari ini tak sama macam dulu. Itu kena faham. 
Faktor harga bahan asas, manpower dan kos pembuatan main peranan dalam kualiti.

Teknologi juga main peranan. Sistem peti sejuk baru hari ini lebih komplikated dari dulu dimana pengeluar peti sejuk generasi baru guna pakai teknologi sendiri.
Bila ada masalah berkait dan mahu cari alat ganti, tidak ditemui selain dari harga alat ganti yang mahal.

Jaminan kompressor 10 -12 tahun itu betul. Boleh kata semua jenama tawarkan tapi kena faham, ia bukan percuma. Ada kos lain seperti kos pemasangan, manpower dan equipment akan dikenakan walaupun masih dalam jaminan.

Jadi jenama apa terbaik untuk saya pilih? Saya personally akan pilih jenama dengan after sales service yang bagus. Mudah dapat alat ganti dengan harga berbaloi.
Selain dari kemudahan khidmat nasihat berkaitan peti sejuk yang telah dibeli sebelum ini.

Ada jenama gah tapi bab alat ganti, tak boleh terima alasan dia.

Last But Not Least

Semua perkara diatas ada sebagai komponen asas dalam peti sejuk.

Komponen yang digunakan dalam pembuatan peti sejuk guna konsep ‘wear and tear’ dan mungkin rosak selepas 1 tempoh masa. Kualiti bagus mungkin boleh guna lebih lama.

Beli produk premium hari ini tak semestinya tak roosak dalam tempoh minimum 5 tahun. 
Sebagai contoh, kipas guna 12vdc. Rosak tak boleh baiki, tukar terus.

Nak dapat jenis sama, boleh check servis center. Atau laman ecommerce Shopee atau Lazada.
3-5 hari boleh dapat dan tukar.
Janji dapat sama jenis.

Pada asasnya, peti sejuk cuma alat untuk memudahkan simpanan bahan basah.
Dengan teknologi dan keperluan pada hari ini, ada jenama keluarkan peti sejuk dengan ciri tambahan seperti ice maker, LCD display, wireless dan sebagainya.

Terpulang nak pilih yang mana dari pelbagai jenama dan model.

Similar Posts