masalah freezer

Basic Masalah Freezer Dan 3 Advantage Bantu Awak.

Apa itu Freezer dan Masalah Freezer yang selalu berlaku?

Sekilas mengenai unit freezer yang berada di rumah dan kedai sebagai alatan elektrik untuk membantu menyimpan stok barang barang dan juga makan beku.

Artikel dari pengalaman 10 tahun dalam kerja baiki freezer, peti sejuk, aircond dan elektrikal.

Apa Itu Freezer?

Freezer merupakan unit penyejukbeku mudah alih dengan fungsi tunggal.

3 jenis Freezer ada dalam pasaran.
Chest Freezer
Upright Freezer
Commercial Freezer

Di rumah mungkin ada, mungkin tiada.
Kebiasaannya ada peti sejuk atau lebih tepat Freezer-Refrigerator kerana gabungan 2 fungsi dalam unit yang sama.
Freezer bertindak sebagai back-up untuk bahan basah seperti ikan, daging,ayam atau makan sejuk beku lainnya.

Freezer dengan fungsi tunggal datang dalam pelbagai saiz dan jenama.
Mana terbaik untuk dimiliki?
Mudah bagi saya ialah servis selepas jualan.
Itu beri beza paling besar dalam pemilihan unit freezer selain dari saiz dan kapasiti ruang.

masalah freezer

Bagaimana Freezer Berfungsi?

Sistem standard pembeku digunapakai dalam sesebuah binaan freezer.
Mengandungi komponen asas seperti thermostat dan kompressor.
Berbeza jenama, mungkin ada kipas sebagai alatan tambahan.
Sistem yang digunakan lebih kurang sama dengan Upright Freezer dan juga peti sejuk 1 pintu.

Bahagian luar biasanya panas/suam bila kompressor dalam operasi.
Bahagian dalam akan beku dan tidak perlukan kipas untuk rotate angin sejuk.
Getah pintu berfungsi mengelak angin sejuk keluar atau ia akan memendekkan jangka hayat kompressor kerana beroperasi tanpa henti untuk jangka masa panjang.
Thermostat berfungsi sebagai pengawal suhu dan melindungi kompressor dari overworked.

Masalah Freezer Biasa Berlaku?

Total Tak Sejuk/Beku.

Masalah freezer boleh dikesan melalui kesan ais yang ada didalam freezer.
Selain dari mengalami masalah freezer langsung tidak beku.
Ada ais atau air beri beza besar dalam operasi freezer.

Ada Sejuk Tak Beku.

Ada sejuk tak beku faktor biasa terjadi selepas 1 tempoh masa, biasanya selepas 5 tahun operasi atau kurang.
Faktor berpindah juga ada.

Keadaan ini perlukan servis paip untuk kembali seperti biasa.

Bocor

Bila ais terlalu tebal, cuma off suis dan tunggu ais cair sendiri.
Atau tutup suis dan biarkan sejam dan seterusnya guna scraper untuk bersihkan ais.
Jangan cucuk dinding hingga berlubang atau akan bocor.

Bocor boleh baiki. Cuma kosnya tak sanggup tanggung dan dari segi kosmetik, tak dapat balik seperti asal.

Itu risiko kena faham bila bocor.

No Power

Keadaan pertama perlu jelas ialah power di alatan elektrik yang lain. Jika ada, punca boleh jadi semudah wayar digigit tikus.
Thermostat atau relay/overload komressor rosak boleh jadi.

Cuma perlukan test pen untuk check. Tukar jika tahu cara dan ada alat ganti.

Ada Masalah Lain?
Rujuk Sini Untuk Artikel Lain Berkaitan.

Bagaimana Buat Keputusan Selesaikan Masalah Freezer?

Ia tidak menjadi masalah untuk selesaikan masalah freezer sendiri tanpa bantuan pihak luar.

Ada unsur kecemasan (Urgency) bila freezer mengandungi banyak bahan basah utama. Risiko rosak ada disitu.
Jika rosak biasa yang tidak perlukan heavy tools, boleh saja buat sendiri.
Jika rosak komponen utama, ada yang consider untuk tukar baru saja.
Untuk baiki sendiri, alatan kerja dan pengetahuan sangat penting.

Atau

Kongsi rezeki dan panggil juruteknik untuk baiki dan selesaikan masalah dengan cepat. Boleh baiki dan siap dalam hari sama adalah bonus utama.

Bab harga boleh je runding dulu.
Tiada masalah untuk kerja yang telah selesai.

Apa Kena Buat Bila Dapat Tahu Freezer Ada Masalah?

Check kepentingan dulu sebelum buat keputusan. Upah check RM 30 – RM 50 lebih berbaloi untuk tahu apa masalah lengkap quotation.
Google dan medium internet lain boleh bantu. Dari segi maklumat, ya betul.

Dari segi siapa baiki dan ambil tanggungjawab ke atas kerosakan dan barang yang diganti, itu bab lain dalam buku sama.

Perlukan Bantuan Lanjut?

Saya di Kota Bharu, Kelantan. Boleh whatsapp di +60 12 957 3402 atau email ke saya@ahmadkhairol.my
Laman Facebook – klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *