Masalah peti sejuk

Masalah Peti Sejuk Dan Cara Simple Selesaikan.

Masalah Peti Sejuk dan Cara Kenalpasti Berdasarkan Keadaan Semasa.

Bila ada masalah, apa tindakan pertama awak akan ambil?

  • Cuba kenal pasti sendiri masalah yang dihadapi?
  • Atau minta yang pakar datang untuk check dengan harga RM 50 sebagai servis charge?

Soalan yang bagus sebenarnya. Dan pendapat kedua dari orang berpengalaman boleh membantu. Internet boleh membantu namun tidak semestinya boleh selesaikan masalah dalam masa singkat. Itu di jamin.

Apa saja pilihan yang awak ambil, harapnya ia akan dan boleh jimatkan masa awak. Itu lebih utama selain dari kos besar dan luar jangka perlu sedia ditanggung.

Boleh Google untuk tahu apa masalah peti sejuk dan boleh juga prompt dalam ChatGpt atau Gemini. Cuma ia mungkin tak tepat.
Jika ada masa luang dan alatan sesuai meliputi seluruh proses pembaikan, boleh saja.

The advice is simple, kenalpasti root problem dulu. Dapat punca masalah, baru cari solution. 
Atau risiko rugi masa, duit, tenaga, kerja 2x dan headache di kitchen mungkin tak selesai seperti jangkaan awal.

Paling tidak di situ, punca rosak dapat di kenal pasti. Seterusnya memudahkan untuk langkah seterusnya diambil. Nak baiki terus atau hold dulu.
Awak sebagai pemilik berhak untuk berkata tidak. Jangan risau bab lain. Sebagai technician juga, tiada istilah paksaan.
Jadi ada terms ‘agree to proceed’ sebelum mula kerja baiki bermula. Wajib ada tanda setuju.

Kenali Jenis Peti Sejuk Anda.

Peti sejuk yang ada di rumah jenis macam mana?

1 pintu?
2 pintu beku atas?
2 pintu beku bawah?
2 pintu kiri kanan (side by side)
Atau Freezer?
Upright Freezer mungkin?
Atau Chiller?

Klik Sini untuk jenis peti sejuk.

Artikel ini mungkin bantu beri lebih penjelasan mengenai peti sejuk.

masalah peti sejuk

Ada sekeping plat mengandungi maklumat peti sejuk tersebut secara tak langsung dan plat ini berguna bila ada kerosakan kerana maklumat peti sejuk ada di sini.
Melainkan beli secondhand, biasanya sistem asal akan ikut maklumat dari kertas tersebut.
Kerja baiki akan ikut spesifikasi yang sama.

Sertakan gambar plat ini kepada 3rd party technician atau bila berhubung dengan service center sebagai rujukan.

Apa Masalah Peti Sejuk Yang Biasa Berlaku?

Ada 3 kategori masalah peti sejuk biasa berlaku. Based on pemerhatian dan keadaan sebenar peti sejuk.
Peti ais sejuk tak beku.
Tak sejuk langsung/Total tak sejuk.
Atas/bawah tak sejuk
Masalah peti sejuk umumnya ada 3 penyebab utama.

Pertama, masalah teknikal.
Selalunya ok, tiba-tiba saja terperasan ada masalah seperti kurang sejuk atau kurang beku.

Kedua, human error.
Contoh mudah ialah cuci ais guna benda tajam seperti pisau dan tercucuk cooling coil.
Atau semudah pintu tak tutup rapat.

Ketiga, Keadaan Semulajadi.
Biasanya berkait dengan kualiti bahan yang digunakan dalam pembuatan peti sejuk.

Ada kes, paip gas bocor dalam drain pan.
Ada kes, kompressor rosak dalam pemindahan spt pindah rumah.

Masalah Peti Sejuk Dan Cara Kenalpasti Berdasarkan Masalah.

Total Tak Sejuk

Perlu tahu Compressor running atau tidak. Semua standard use compressor ada vibration.
Cara check yang mudah ialah sentuh dengan hujung jari hanya untuk tahu ia ada vibration atau tidak sahaja.
(Ada Kemungkinan Compressor Overheated)
Jika hanya ada overheat tapi tak ada vibration serta ada bunyi tik-tik, ada kemungkinan compressor dah out. Further check required.

Ada Sejuk Tapi Tak Beku.

Part paling banyak kemungkinan rosak tapi puncanya jarang kena pada 2 tempat dalam 1 masa. Antaranya:-

– Sistem auto defrost tak berfungsi.
– Minor refrigerant gas leak.
– Gas line choking (Tersumbat).
– Kipas rosak.

Atas/Bawah Tak Sejuk.

Antara sebab teknikal yang biasa terjadi ialah komponen seperti Damper bermasalah.
Atau semudah pintu tak rapat. Boleh check kualiti getah pintu. Kalau ada gap dan boleh rasa udara sejuk keluar, mungkin boleh consider untuk ganti getah pintu.

Semua diatas hanya kemungkinan berdasarkan pengalaman saya dalam 10 tahun ni.
Langkah terbaik ialah ambil pendapat kedua melalui Technician untuk mengetahui punca masalah di peti sejuk anda.

Peti Sejuk Side By Side dan Masalah Biasa Alami.

Personally, peti sejuk jenis ini bagus kerana saiz besar. Ciri tambahan baru juga banyak termasuk ice maker/crusher dan latest features ialah skrin besar di pintu refrigerator (chiller) untuk sambungan Wi-Fi dan notification apps tertentu.
(Juga beri data tertentu kepada manufacturer secara tak langsung)

Ini produk premium, ciri-ciri menarik tapi guna asas peti sejuk sama seperti yang lain.
Adaptasi teknologi terbaru elektronik sepenuhnya dan tentu sekali ada teknologi inverter.
Ada guna sistem dual cooling coil.
Ada guna single coil dengan kipas besar.
Semua jenama ada blueprint tersendiri dalam reka bentuk produk serta sistem yang digunakan.
Bagus untuk penjimatan tenaga elektrik tapi bila bermasalah, boleh sakit kepala fikirkan penyelesaian.
Beli baru mudah tapi kos boleh tahan juga.

Masalah peti sejuk jenis side by side sama seperti peti sejuk lain juga. Cuma cara pengendalian akan beri beza dimana juruteknik berpengalaman akan dapat kesan masalah awal dalam sesi whatsapp.
Terbaik ialah check dulu.

Freezer Dan Chiller

Apa Itu Freezer?

Freezer / Refrigerator freezer merupakan unit penyejukbeku mudah alih dengan fungsi tunggal.

4 jenis Freezer ada dalam pasaran.
Chest Freezer – Buka pintu atas
Upright Freezer – Buka pintu dari depan
Commercial Freezer – Buka pintu dari depan dengan kapasiti simpanan yang besar.
Freezer Refrigerator Box – Sejuk dan beku dengan pintu atas. Tiada kipas.

Apa Itu Chiller?

Unit penyejuk fungsi tunggal dengan fungsi cuma menyejuk. Sesuai digunakan untuk simpan sayur, minuman dan makanan bermasak.

Di rumah mungkin ada, mungkin tiada.
Kebiasaannya ada peti sejuk atau lebih tepat Freezer Refrigerator kerana gabungan 2 fungsi dalam unit yang sama.
Freezer biasanya bertindak sebagai back-up untuk bahan basah seperti ikan, daging,ayam atau makan sejuk beku lainnya.

Chiller dan Freezer dengan fungsi tunggal datang dalam pelbagai saiz dan jenama.
Mana terbaik untuk dimiliki?
Mudah bagi saya ialah servis selepas jualan.
Itu beri beza paling besar dalam pemilihan unit freezer selain dari saiz dan kapasiti ruang.

Masalah Peti Sejuk Biasa Berlaku?

Total Tak Sejuk/Beku.

Masalah yang biasa akan tarik perhatian bila bahan basah mudah rosak atau air minuman tak sejuk seperti biasa. Masalah peti ais boleh dikesan melalui kesan ais yang ada didalam freezer.

Ada Sejuk Tak Beku.

Ada sejuk tak beku faktor biasa terjadi selepas 1 tempoh masa, biasanya selepas 5 tahun operasi atau kurang.
Faktor berpindah juga ada.
Keadaan ini perlukan servis paip untuk kembali seperti biasa.

Bocor.

Bila ais terlalu tebal, cuma off suis dan tunggu ais cair sendiri.
Atau tutup suis dan biarkan sejam dan seterusnya guna scraper untuk bersihkan ais.
Jangan cucuk dinding hingga berlubang atau akan bocor.
Bocor boleh baiki. Cuma kosnya tak sanggup tanggung dan dari segi kosmetik, tak dapat balik seperti asal.
Itu risiko kena faham bila bocor.

No Power.

Keadaan pertama perlu jelas ialah power di alatan elektrik yang lain. Jika ada, punca boleh jadi semudah wayar digigit tikus.

Thermostat atau relay/overload kompressor rosak boleh jadi.
Cuma perlukan test pen atau multimeter untuk check. Tukar jika tahu cara dan ada alat ganti.

Sistem baru kebanyakan guna board elektronik, jadi perlukan ilmu advance untuk cari dana selesaikan permasalah yang timbul.

Akhir Kalam

Kualiti peti sejuk pada hari ini tidak selasak dahulu dimana sekali beli boleh guna sampai 30 tahun tanpa major problem.
Sekarang 2 tahun pun boleh ada minor issue seperti motor kipas rosak.
Seiring peredaran masa, penggunaan teknologi baru seperti Inverter dan sistem elektronik sepenuhnya juga beri kesan secara tidak langsung.

Freezer dalam kategori lain. Dulu jarang ada keperluan untuk miliki freezer, sekarang dengan banyak produk pilihan selain dari jadi kegemaran anak-anak, freezer jadi keperluan.
Ada banyak pilihan jenama dengan saiz berbeza.
Sebagai Technician, best advice saya beri ialah buat kajian keperluan peti sejuk. Ada banyak jenama dalam pasaran Malaysia hari ini.

Ada jenama, Technician tak boleh beli spare part kecuali Service Agent.
Ada jenama, design menarik. Tapi tak tahan lasak.
Ada jenama, after sales dan customer service tersangat bagus.
Boleh walk in je in case nak dapatkan spare part.
Kad Warranty jangan dilupa pula.
Boleh search Google untuk daftar pembelian dan memudahkan urusan claim jika ada masalah.
Terima Kasih sudi singgah di laman web sendiri bikin ni.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *