Penyaman Udara

Apa Itu Penyaman Udara? 3 Advantage Untuk Anda.

Penyaman Udara Dan Apa Awak Perlu Tahu?

Penyaman Udara ialah sebuah alatan mekanikal janaan elektrik yang digunakan untuk menyejuk ruang atau bilik tertentu di sebuah bangunan.
Alatan elektrik ini direka dan dibina dalam beberapa jenis seperti split unit, mudah alih, tingkap, siling, kaset atau berbilang unit dengan nilaian kuasa kuda yang dikira melalui kekuatan kompressor.

Unit BTU ( British Thermal Unit ) digunakan untuk mengukur saiz penyaman udara yang diperlukan dalam pemasangan aircond di sesebuah bilik atau ruang.

Asas Dalam Sistem Penyaman Udara

Asas tunggal dalam operasi sesebuah unit penyaman udara ialah beri rasa sejuk di sebuah bilik dalam tempoh masa tertentu. Lebih cepat lebih bagus.

Dan berfungsi mengawal suhu dan peredaran udara dalam suatu ruang atau bangunan.

Jenama utama pengeluar penyaman udara seperti Daikin, Acson, Topaire dan York ada nilaian tersendiri dalam kualiti unit penyaman udara yang di jual.

Ada yang bertahun boleh guna tanpa masalah besar kecuali servis secara berkala.

Ada berapa jenis pendingin udara untuk pasaran domestik di Malaysia buat masa ni?

Umum ada Window Unit, Portable Unit, Split Unit, Ceiling type, Cassette type dan Multiple Indoor ( VRV, VRF ) dengan kebanyakan jenama pengeluar alatan elektrik utama miliki divisyen penyaman udara sendiri.

Asas penyejukan sama. 

Kompressor, refrigerant, evaporator, cooling coil, blower dan sistem control unit.
Beza dalam kapasiti penyejuk, penggunaan kuasa dan kos penyelenggaraan.

Seiring peredaran masa, teknologi yang digunakan dalam aircond berubah dari Refrigerant 22 kepada Refrigerant 410 kepada Refrigerant 32.

Dari arus ulang alik kepada arus terus.

Faktor kos yang makin meningkat dan alam sekitar ( melindungi ozon ) main peranan dalam pengenalan jenis refrigerant baru.

Penyaman Udara

Apa Perlu Tahu Sebelum Pasang Aircond Dirumah?

Pertama: budget.

Budget akan tentukan jenis dan jenama penyaman udara yang akan di pilih. Faktor kualiti dan after sales servis main peranan.

Kedua, keluasan.
Keluasan bilik atau ruang main peranan besar dalam pemilihan saiz aircond Atau bil elektrik akan melambung tinggi asbab kompressor berjalan tanpa henti.

Ketiga, kaedah pemasangan.
Kaedah pemasangan yang akan digunakan. Surface atau Concealed dalam dinding. Kaedah pemasangan yang dikehendaki perlu dirancang dengan teliti untuk memudahkan tugasan kedua pihak.

Keempat, after sales service.
Faktor ini main peranan selepas pemasangan dan telah guna beberapa tahun. Unit pendingin udara akan menghadapi masalah tertentu yang biasa. Rujuk pusat servis atau technician berpengalaman bantu jimat dalam banyak aspek.

Kelima, servis berkala.
Servis berkala setiap 3 bulan atau 6 bulan membantu keberkesanan operasi pendingin udara.

Rujuk sini untuk jenis servis aircond yang ditawarkan oleh syarikat aircond di Malaysia.

Keenam, teknologi dalam unit aircond.
Seiring peredaran masa, teknologi berubah dari jenis Refrigerant 22 kepada Refrigerant 32. Tujuan utama ialah melindungi lapisan ozon dari terus menipis.

Jenis arus dalam sistem operasi pendingin udara juga berubah dari arus ulang alik kepada arus terus.

Similar Posts